Pembinaan SujamanPembinaan SujamanPembinaan SujamanPembinaan Sujaman
  • HOME
  • ABOUT US
  • AWARDS
  • PROJECTS
    • SELECTED PROJECTS
    • ON-GOING PROJECTS
  • BLOG
  • CAREER
  • CONTACT
✕

Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah Bakal Siap Feb 2026

KUALA PILAH — Projek pembinaan blok tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini yang dikategorikan sebagai projek sakit kini menunjukkan kemajuan memberangsangkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Feb 2026.

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen Datuk Adnan Abu Hassan berkata projek berkenaan bermula pada 2021 dan dijadualkan siap pada Ogos 2024 telah mengalami sedikit kelewatan susulan kekangan tenaga kerja semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata kos asal projek berkeluasan 1.7 hektar itu berjumlah RM139.35 juta tetapi kini mencecah kira-kira RM153 juta mengikut kontrak semasa dan telah mencapai kemajuan kerja 93.93 peratus.

“Hasil lawatan pertama diadakan pada awal tahun lepas, kontraktor mengakui projek ini lewat lebih 90 hari dan diklasifikasikan sebagai projek sakit dengan punca utama disebabkan PKP yang menyaksikan ramai pekerja balik ke negara asal serta sukar masuk ke negara ini untuk kembali berkerja.

“Projek sekarang mengikut jadual ditetapkan, kelewatan juga disebabkan keperluan penambahan wad kes penyakit berjangkit yang perlu dibangunkan di hospital ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat HTAN di sini hari ini.

Adnan merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata projek berkenaan melibatkan tambahan 144 katil yang menjadikan kapasiti keseluruhan HTAN meningkat kepada 458 katil.

Sementara itu, Adnan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dimohon agar membuat pengisian jawatan bagi petugas kesihatan di hospital berkenaan lebih awal bagi memastikan kelancaran operasi serta penyampaian perkhidmatan kesihatan yang efisien sebaik bangunan baharu hospital itu mula beroperasi.

Komponen bagi projek ini melibatkan pembinaan blok bangunan utama enam tingkat yang merangkumi pelbagai jabatan dan kemudahan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf tinggi kepada rakyat khususnya di daerah ini.

Source: Bernama

Recent Posts

  • Economic highlights of the 13th Malaysia Plan 2026-2030
    August 1, 2025
  • Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah Bakal Siap Feb 2026
    July 15, 2025
  • Malaysia’s Construction Work Done Value Up 20.2 Pct In 2024 At RM158.8Bln
    February 11, 2025
  • Ensuring ECRL’s success together: M’sia and China sign joint agreement to split any losses equally
    December 19, 2024
  • Malaysia’s construction sector continues positive growth, up 22.9% to RM41.1bil in 3Q
    November 11, 2024

About Us

PEMBINAAN SUJAMAN SDN BHD (PSSB), a Malaysian company was incorporated on the 4th May 1996. An ISO certified Construction Company involved in private and government project works.

PKK G7 (BUMIPUTERA)
CIDB Kelas G7
ISO 9001:2015 Certified
Company No. 385962-A
sirim
Certified to ISO 9001:2015
Cert No: QMS 03234

Navigation

  • HOME
  • ABOUT US
  • AWARDS
  • PROJECTS
  • BLOG
  • CAREER
  • CONTACT

Recent Posts

  • Economic highlights of the 13th Malaysia Plan 2026-2030
  • Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah Bakal Siap Feb 2026
  • Malaysia’s Construction Work Done Value Up 20.2 Pct In 2024 At RM158.8Bln
  • Ensuring ECRL’s success together: M’sia and China sign joint agreement to split any losses equally

Our Contact

Pembinaan Sujaman head office is located in Subang Jaya, Selangor with easy access from KESAS Highway.

Feel free to write to us or give us a call. Our personnel is always ready to assist you.

31-2, Jalan USJ 1/1A,
Regalia Business Centre,
47600 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia.

Tel: +603-8024 7872
Fax: +603-8024 8699
Email: [email protected]

Copyright (C) 2025 Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. All Rights Reserved.